Monday, February 22, 2010

Trip to Manila & Baguio City (7 -14/2/2010) - PT1

Yahoooooo... last sunday (14/2/2010) Sue baru je balik dari Clark, Manila. I can't describe in words macam mana happy sangat sue bershopping sakan. Barang-barang di sana seperti pakaian berjenama wanita & lelaki, peralatan rumah, electronic gadget dan lain-lain lagi tapi yang penting semua barang-barangnya murah banget. Sue ke sana bersama kakak sue dan anak buah Sue yang berumur empat tahun.



Pada 7/2/2010, sue bertolak ke Clark, Manila dengan menaiki penerbangan AirAsia. Perjalanan ke Clark, Manila mengambil masa 1 1/2 jam dari Terminal 2, Kota Kinabalu. Dijadikan cerita dalam perjalanan ke Clark, Manila, Sue berkenalan dengan tiga orang Filipina dari CotaBatu yang pergi melawat ke Sabah untuk belajar cara-cara bagaimana untuk menanam kelapa sawit di sebuah Ladang Kelapa Sawit di Sandakan. Betapa baiknya dorang sampai sanggup menunggu sehingga kakak Sue sampai di Airport.
Dari Clark, kami terus ke Baguio dengan menaiki bus besar dengan mengambil masa 5 jam sampai ke Baguio pada pukul 11 malam. Bayangkan, perjalanan sue dari KK ke Baguio sangatlah lama...hehehe. (macam pergi New Zealand pulak)



Di Baguio, pada mulanya kami tinggal di Atenara House Baguio (www.atenara.com) dengan bayaran semalam P1,980.00 bersama RM148.50+++ walaupun mahal tetapi biliknya sangat luas, sangat-sangat berpatutan jika berkumpulan.


Pada keesokkan harinya iaitu hari kedua, kami terus saja check out untuk mendapatkan hotel yang lebih murah dan dekat dengan tempat untuk dikunjungi oleh pelancong iaitu Hotel Burnham dengan bayaran semalam hanya P1,200.00 (RM90.00). Hotel ini sangat unik kerana mempunyai dekorasi lama dan barang antik kiranya hampir keseluruhan hotelnya mempamerkan koleksi antik.


Pada hari itu juga, Sue telah melawat Philippines Military Academy (PMA) yang berpusat di Baguio. Academy tentera ini merupakan sekolah tentera yang menghasilkan pegawai atasan yang berpangkat besar dan terhormat apabila tamat sahaja dari sekolah tersebut. Kebetulan pada hari itu, sue berkesempatan melawatnya disebabkan Academy ini hanya dibuka kepada umum pada setiap hari Ahad. Selepas dari PMA, Sue kemudian melawat 'The Mansion' yang merupakan peninggalan lama pemerintahan Amerika Syarikat. Mansion ini telah ditubuhkan dalam sekitar tahun 1808-an lagi dan telah berumur lebih daripada 100 tahun. Sejak ke hari ini, Mansion telah menjadi tarikan pelancong yang harus dikunjungi apabila ke Baguio. Taman-taman seperti Camp John Hay , Burnham Park, Kennon Road, Igorot Garden, Botanical Garden,Mines View Park dan banyak lagi taman-taman yang boleh dilawati semasa di Baguio. Jika hendak ke Baguio bolehlah melawat laman utamanya: www.gobaguio.com. Di website ini anda boleh mengetahui tempat-tempat yang menarik untuk dilawati.


Semasa sue ke sana (Baguio), mereka sedang membuat persiapan menyambut Panagbenga 2010 iaitu Pesta Bunga. Di situ mereka mempunyai gerai yang menjual pelbagai barangan tempatan dan juga makanan serta landscape yang bertanding untuk pesta tersebut. Pada mulanya Sue bercadang untuk berada di Baguio selama 2 hari 1 malam je tetapi Sue menghabiskan masa di sana selama 3 hari 2 malam semata- mata mau membeli barang bagi rumah baru yang bakal Sue didiami.



Memang tidak rugi jika melawat Baguio, dari segi tempat menarik, peralatan rumah , electronic, dan sebagainya sangatlah murah. Begitu juga dengan makanan. Pada hari yang terakhir Sue di Baguio, kami telah melawat Strawberry Farm. Di situ sue boleh melihat bagaimana strawberry ditanam dan dibungkus untuk dijual. Jika ingin mengalami sendiri untuk memetik strawberry boleh berbuat demikian dengan bayaran sebanyak P80 sekilo. Dan hasil-hasil produk daripada strawberry boleh didapati di Farm tersebut. Begiut juga dengan hasil kraftangan tempatan yang boleh dibeli disitu.

Untuk pengalaman sue di Manila nanti akan sue post pada part 2 (blog yang akan datang). Sue akan menceritakan pengalaman Sue pulak di Manila


2 comments:

naim said...

hi, nanti tnya lebih detail padai bagui boleh

dirafum MCo said...

nice trip..soon..i will go there also