Showing posts with label sulaman manik. Show all posts
Showing posts with label sulaman manik. Show all posts

Monday, May 7, 2012

Mama Beads

I just finish my my work beads for my Mamang. This baju is for my cousin wedding in Sandakan - 20th May 2012....







Monday, September 19, 2011

Baju Raya 2011

This year Sue jahit baju raya 4 pasang (kalah2 budak kecil sambut raya pulak...hehehe) dan tahun ini juga Sue tidak mengambil tempahan manik dari mana-mana regular customer (SORRY BA) sebab nak rehat mata tetapi gatal juga hati nak buat untuk baju sendiri apabila melihat 2 orang adikmu sibuk menjahit manik...

Walaupun tidak seperti selalu sarat dengan labuci, kali ni Sue hanya membuat ala kadar saja sebab takutkan mata Sue menghadapi masalah lagi. Dan ni adalah hasil-hasil rekaan Sue untuk RAYA tahun ini... layan ajeeeeeeeeeeee...........












Wednesday, January 12, 2011

Crumble II

Entry untuk tahun baru 2011......Siap dah, hari ini sue dah hantar satu lagi tempahan customer. Customer sangat-sangat berpuas hati dengan hasil yang sue buat untuknya...... Jadi harganya pun menarik juga ...Semuanya berjumlah RM139.20. Terima kasih yang tak terhingga kerana tidak lama membayar saya...hehehehehe......Layan aje gambar-gambar yang sue ambil....













Monday, November 22, 2010

New Crumble

Two week ago, Sue dapat tempah untuk sulaman manik yang diminta oleh customer Sue. Kali ini, Puan D request untuk membuat crumble serta bunga kecil untuk bajunya... Punyalah payah sebab kain bajunya sangatlah nipis tidak sesuai untuk crumble tapi apa boleh buat permintaan customer hendaklah dipenuhi. Due date untuk bajunya adalah pada 22/11/2010 sebabnya Puan D ada majlis perkahwinan anak saudara perempuan.. Jadi inilah hasil rekaan Sue untuk Puan D yang harganya untuk maniknya saja berjumlah RM86.30 dengan upah sebanyak RM45.00 sahaja.....








Wednesday, September 1, 2010

Tempahan Sulaman Manik Raya 2010

Raya tahun 2010 merupakan raya yang tidak akan saya lupakan. Peristiwa kematian ayah yang tercinta merupakan titik permulaan kesibukan saya dengan kenduri arwah dan diikuti lagi dengan 2 lagi kenduri kematian keluargan Sue. Tidak seperti tahun-tahun raya lepas kali ni sue hanya menerima 1 tempahan untuk menyulam manik itupun dipaksa oleh customer Sue yang merayu-rayu untuk menerima bajunya. Customer sue ini adalah customer yang tetap tiap-tiap tahun menghantar bajunya kepada Sue dan menghendaki supaya manik jepun digunakan di bajunya. Kos untuk manik sahaja berharga RM67.45 dan seperti biasa upah untuk sulaman hanya RM45.00 sahaja. Jadi tengok aje ler gambar yang sue ambil untuk blog sue ini.. Layannnnnnnnnnnnnnn








Monday, May 3, 2010

MANIK TABUR

Hanya gambar mampu menerangkan apa yang saya maksudkan.....












Wednesday, March 31, 2010

Silver BFS (Beads Fan Club) Membership



I was glad that my name appear in Rosita Jaafar (FTIMDC) website as a member of Silver Bead Fan Club. For the approve i upload my picture from RJ Website

Friday, March 26, 2010

Manik Tocang

Sue baru je siapkan satu lagi baju untuk customer. Malas nak bercerta panjang biarkan gambar yang menerangkan maksudnya....

Monday, January 11, 2010

TEMPAHAN BARU 2010

Baru- baru ini sue dapat tempahan sulaman manik dari pelanggan setia Sue. Dua pasangan baju kurung moden. Satu pasang hanya lehernya saja dan sepasang lagi kedua-dua tangan dan leher.

Bagi baju kurung yang berwarna hijau muda, sue mengambil masa hanya seminggu untuk menyiapkannya kerana tidak bagi sue untuk menghasilkan corak bagi baju tersebut. Harga Upah untuk baju ini adalah RM45.00.

Akan tetapi bagi baju yang berwarna ungu, Sue mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkannya memandangkan baju tersebut telah siap sedia mempunyai manik tabur tetapi pelanggan sue mau menambahkan lagi designnya @ coraknya bagi mencantikkannya lagi. Harga upah bagi baju ini adalah RM25.00 sahaja.

Jadi setelah siap inilah hasil idea Sue bagi kedua-dua pasang baju tersebut. Jom Layannnnn gambar yang sue ambil...