Tuesday, February 23, 2010

Trip to Manila & Baguio City (07-14/2/2010) - PT 2

Pada 09/2/2010 iaitu hari keempat, kami telah bertolak ke Manila dari Baguio pada jam 2 petang dengan tambang sebanyak P442.00 dan tiba di Manila pada jam 7 malam. Dari terminal bus Victory Liner di Manila, kami terpaksa menaiki teksi ke Quezon City untuk berjumpa dengan sepupu kakak Sue yang sedang menunggu di sana sebelum balik ke rumahnya (Attorney Rodriquez).



Di Manila, kami dipelawa untuk menetap di rumah kakak Wei Wei iaitu sepupu kakak Sue. Pada keesokkan harinya, Sue telah pergi ke SM Preview untuk berwindow shopping di sana. Di situ kami menghabiskan masa selama satu hari. Barang-barangnya sama saja dengan SM Baguio lebih kurang saja.

Pada hari keenam, sue menghabiskan masa bershopping di Trinoma Mall yang sedang mengadakan Sale untuk Valentine day. Apa lagi Sue pun membeli lagi barang dapur untuk memenuhi rumah baru. Tetapi yang funnynya, tiada sale untuk chinese new year macam yang selalu kita di Malaysia adakan setiap kali datang Tahun Baru Cina . Dan keesokkan harinya, sekali lagi sue pergi ke sana dengan menaiki pengangkutan awam oleh kerana tidak puas berbelanja di TRINOMa. Sempat lagi Sue pada sebelah petangnya menonoton wayang baru "Percy T Jackson - the lightning thief" di Trinoma Cinema.


Keesokkan harinya, Sue berangkat untuk balik ke Kota Kinabalu dari Clark. Sungguh tidak dapat Sue lupakan pengalaman bercuti di Filipina amatlah menyeronokkan buat Sue. Lain kali Sue akan datang lagi terutamanya di Baguio.



No comments: