On November 26, 2009, I and Adeeyana went to Labuan by road through Menumbok. It's was a very mencabar journey for me because that was my 1st time driving to Menumbok. It takes about 2 hour and thirty minutes to get to Labuan via Menumbok by speedboat.
Tepat jam 8.15 pagi, I bertolak dari rumah menuju ke Taman Sepanggar untuk mengambil Adeeyana. Pada jam 9 pagi kami mulai bergerak ke Papar melalui jalan Pengalat Besar kemudian ke simpang Kuala Penyu/Menumbok. Akhirnya sampai ke jeti Menumbok pada jam 11. 45 pagi. Terus menempah tiket ke Labuan dengan menaiki botlaju dengan tambang RM15.00 seorang. Perjalanan ke Labuan hanya mengambil masa 25 minit sahaja. Kami disambut oleh sepupu sue yang tinggal di Labuan selepas itu sue pergi kedai India untuk membeli kain sarung sebelum pergi makan tengahari di Financial Park Labuan. Selepas makan tengahari Sue terus mengambil keputusan untuk memborong coklat yang dikatakan murah di Labuan. Pada malamnya, kami bertuah kerana Abang Abdullah telah membelanja kami di Anjung Ketam yang menghidangkan semua masakan ketam.
Keesokkan harinya, kami berkejaran mengambil sepupu sue seorang lagi di Airport Labuan dari Kuala Lumpur sebelum beraya ke rumah Auntie Fauziah. Meriah sekali raya haji tahun ini sebab bukan selalu dapat beraya di Labuan. Selepas itu kami semua balik ke rumah sebelum menjelajah Pulau Labuan pada sebelah petang.
Pada hari ketiga, it's time to go back to Kota Kinabalu before heading to Kudat. Apapun layan je gambar-gambar yang sue upload untuk tatapan semua...
Makan Malam di Anjung Ketam
Masakan ketam (Butter, Chille & Curry)
Di rumah Auntie Fauziah
No comments:
Post a Comment