Thursday, December 17, 2009

6 CAR ACCIDENTS

I will remember the day when my car had an accident at KM4 Jalam Kolam on 10th December 2009, 6.45am. Betul- betul di depan station minyak Shell on my way to worked. Disebabkan sebuah teksi yang tidak mengenakan isyarat lampu ke sebelah kiri, kereta dibelakangnya iaitu Storm (Kuning) terpaksa membuat brek kecemasan yang mengakibatkan kereta Prado juga berbuat demikian 'Brek Kecemasan". Diikuti oleh kereta sue, di belakang kereta sue - sebuah Avance (Patrica Chang - ABX Branch Manager) sempat mengelak ke kiri tetapi belakang keretanya pulak dilanggar oleh sebuah lagi teksi. Kejadian tersebut hanya sekelip mata, nasib baiklah Patrica dapat mengelak daripada melanggar belakang kereta Sue kalau tidak kereta sue jadi sandwich dan tuhan saja yang tahu apa jadi dengan Sue di dalam.

Selepas kemalangan tersebut berlaku, Sue tidak dapat bercakap hanya memandangkan keadaan sekitar sahaja. Tangan Sue berketar dan dada Sue berdebar-debar seperti ada benda yang menusuk di dalam (mungkin disebabkan hentak tali pinggang dan stereng kereta). Nasib baiklah Sue terfikir untuk menelefon kawan sepejabat yang kebetulan tinggal berdekatan dengan tempat kemalangan. Setelah sejam lebih menunggu polis trafik - Penolong Pegawai Penyiasat Trafik (SM Mohd Riduan Bin Abdullah) datang, kami semua dikehendaki ke Balai Polis Kota Kinabalu untuk membuat laporan polis (report). Tetapi malangnya, teksi yang mengakibatkan kemalangan tersebut telah melarikan diri sebelum polis datang.

Bagi Sue kejadian tersebut merupakan peristiwa ngeri dan tidak dapat Sue lupakan. Dan Sue got a lesson yang berharga iaitu 'jangan terlalu dekat dengan kenderaan lain dibelakang, jarakkan kenderaan dengan 1 1/2 atau 2 kenderaan di depan' dan jangan langgar belakang kenderaan lain sebab anda akan disaman walaupun tidak bersalah.

Sue sempat ambil gambar kenderaan sue semasa sedang menunggu Polis datang. Disebabkan kemalangan tersebut Sue cuti sakit selama dua hari. Sakit badan sue tau..









No comments: