Thursday, December 24, 2009

X'MAS PARTY 2009



On Monday (21/12/2009) 12.30pm, Club PRSB mengadakan exchange gift di antara Management & Staff. Maybe this is the last party for our General Manager Encik Yusof Siangah sebab dia akan berpencen. Sayang sekali bagi PRSB kerana kehilangan seorang ahli keluarga yang sangat gigih bekerja untuk syarikat.

Selain daripada exchange gift, pihak syarikat telah membuat cabutan bertuah sebanyak 12 item seperti camera, 3 set comforter, vacuum cleaner, electric cooker,blender, radio, hairdyer, 2 set of glass container & tak tahu apa lagi... Lihatlah apa yang Sue gambar hari itu untuk kenangan. Dan tidak lupa, setiap kakitangan mendapat door gift pada hari tersebut. LAYANnnnnnnnn.........






Thursday, December 17, 2009

6 CAR ACCIDENTS

I will remember the day when my car had an accident at KM4 Jalam Kolam on 10th December 2009, 6.45am. Betul- betul di depan station minyak Shell on my way to worked. Disebabkan sebuah teksi yang tidak mengenakan isyarat lampu ke sebelah kiri, kereta dibelakangnya iaitu Storm (Kuning) terpaksa membuat brek kecemasan yang mengakibatkan kereta Prado juga berbuat demikian 'Brek Kecemasan". Diikuti oleh kereta sue, di belakang kereta sue - sebuah Avance (Patrica Chang - ABX Branch Manager) sempat mengelak ke kiri tetapi belakang keretanya pulak dilanggar oleh sebuah lagi teksi. Kejadian tersebut hanya sekelip mata, nasib baiklah Patrica dapat mengelak daripada melanggar belakang kereta Sue kalau tidak kereta sue jadi sandwich dan tuhan saja yang tahu apa jadi dengan Sue di dalam.

Selepas kemalangan tersebut berlaku, Sue tidak dapat bercakap hanya memandangkan keadaan sekitar sahaja. Tangan Sue berketar dan dada Sue berdebar-debar seperti ada benda yang menusuk di dalam (mungkin disebabkan hentak tali pinggang dan stereng kereta). Nasib baiklah Sue terfikir untuk menelefon kawan sepejabat yang kebetulan tinggal berdekatan dengan tempat kemalangan. Setelah sejam lebih menunggu polis trafik - Penolong Pegawai Penyiasat Trafik (SM Mohd Riduan Bin Abdullah) datang, kami semua dikehendaki ke Balai Polis Kota Kinabalu untuk membuat laporan polis (report). Tetapi malangnya, teksi yang mengakibatkan kemalangan tersebut telah melarikan diri sebelum polis datang.

Bagi Sue kejadian tersebut merupakan peristiwa ngeri dan tidak dapat Sue lupakan. Dan Sue got a lesson yang berharga iaitu 'jangan terlalu dekat dengan kenderaan lain dibelakang, jarakkan kenderaan dengan 1 1/2 atau 2 kenderaan di depan' dan jangan langgar belakang kenderaan lain sebab anda akan disaman walaupun tidak bersalah.

Sue sempat ambil gambar kenderaan sue semasa sedang menunggu Polis datang. Disebabkan kemalangan tersebut Sue cuti sakit selama dua hari. Sakit badan sue tau..









Wednesday, December 16, 2009

Birthday Party for Hazlizawaty

Pada 30 November 2009 adalah hari jadi anak buah sue yang ke11. Sekali pandang dia seolah-olah dia sudah berusia lebih dari 12 tahun. Disebabkan ketinggiannya 5'5" jadi semua orang akan menganggap dia sudah dewasa. Sempena harijadinya kami telah menyambutnya di rumah auntie saya.

HARI RAYA HAJI 09/LABUAN

On November 26, 2009, I and Adeeyana went to Labuan by road through Menumbok. It's was a very mencabar journey for me because that was my 1st time driving to Menumbok. It takes about 2 hour and thirty minutes to get to Labuan via Menumbok by speedboat.

Tepat jam 8.15 pagi, I bertolak dari rumah menuju ke Taman Sepanggar untuk mengambil Adeeyana. Pada jam 9 pagi kami mulai bergerak ke Papar melalui jalan Pengalat Besar kemudian ke simpang Kuala Penyu/Menumbok. Akhirnya sampai ke jeti Menumbok pada jam 11. 45 pagi. Terus menempah tiket ke Labuan dengan menaiki botlaju dengan tambang RM15.00 seorang. Perjalanan ke Labuan hanya mengambil masa 25 minit sahaja. Kami disambut oleh sepupu sue yang tinggal di Labuan selepas itu sue pergi kedai India untuk membeli kain sarung sebelum pergi makan tengahari di Financial Park Labuan. Selepas makan tengahari Sue terus mengambil keputusan untuk memborong coklat yang dikatakan murah di Labuan. Pada malamnya, kami bertuah kerana Abang Abdullah telah membelanja kami di Anjung Ketam yang menghidangkan semua masakan ketam.

Keesokkan harinya, kami berkejaran mengambil sepupu sue seorang lagi di Airport Labuan dari Kuala Lumpur sebelum beraya ke rumah Auntie Fauziah. Meriah sekali raya haji tahun ini sebab bukan selalu dapat beraya di Labuan. Selepas itu kami semua balik ke rumah sebelum menjelajah Pulau Labuan pada sebelah petang.

Pada hari ketiga, it's time to go back to Kota Kinabalu before heading to Kudat. Apapun layan je gambar-gambar yang sue upload untuk tatapan semua...

Makan Malam di Anjung Ketam

Masakan ketam (Butter, Chille & Curry)




Di rumah Auntie Fauziah