Monday, August 16, 2010

Tausa Piang Ranggup



Entry hari ini Sue buat kuih tausa piang ranggup masa puasa ke 4. Masa tue plan nak buat kuih donat ball tapi terlebih masukkan margerin & yis dibancuh terlalu panas airnya. Instant nak buang jadilah ia kuih tausa piang ranggup. Resipinya adalah seperti berikut:

Bahan-Bahannya:
Tepung gandum - 2 1/2 cawan
Margerin - 1 cawan
Ibu Roti - 1/2 pek (kira-kira 2 sudu besar)
Inti tausa
garam & gula
minyak masak untuk menggoreng

Cara membuatnya:-

Mula-mula Ibu roti dan gula dibancuh dengan air suam. Gaulkan tepung, margerin, garam dan bancuhan ibu roti tersebut sehingga menjadi doh.


Guli doh dengan inti tausa seperti kita membuat kuih Bom.



Leperkan kuih tersebut seperti gambar di bawah dan kemudian bolehlah digunakan.


No comments: