Doktor terpaksa menahan Sue untuk pemeriksaan lanjut bagi mengenalpasti apakah rawatan yang harus diberikan. Hari pertama ditahan, Sue dikehendaki membuat MRI (Brain Scan) dan X-ray bagi memastikan tidak ada ketumbuhan di dalam mata serta sampel darah bagi ujian makmal.
Hari kedua, pada sebelah pagi, Sue berjumpa dengan Doktor untuk mengetahui keputusan MRI, X-ray dan darah. Didapati bahawa seluruh badan mempunyai 24% mengalami radang dan tidak ada ketumbuhan di dalam mata. Doktor menyarankan untuk rawatan kemenggunakan Prednisolone iaitu sejenis dadah/steroid bagi meredakan radang serta mengurang air di dalam retina mata sue d. Oleh kerana ubat tersebut disuntik keseluruh badan maka kesan-kesan negatif dari penggunaan ubat tersebut adalah seperti tekanan darah dan paras gula dalam darah akan tinggi, berat badan akan naik, jerawat akan timbul serta gastrik. Pengunaan Prednisolone berterusan sehingga hari kelima. Pada terakhir, Doktor telah membuat suntikan Prednisolone terus ke bawah mata tanpa menggunakan bius. Aduh.....punyalah sakit seperti isi terkoyak dan mata terkeluar. Keesokkan harinya, Sue dibenarkan keluar dan berehat di rumah lagi selama seminggu bagi memastikan mata sue benar-benar mendapatkan rehat yang cukup......
No comments:
Post a Comment