Tuesday, May 4, 2010

PEMBARU

Pada 10 April 2010 yang lalu, saya telah mendaftarkan diri sebagai ahli kepada sebuah Persatuan yang dinamakan Persatuan Melayu Brunei Borneo (PANTAI BARAT 5) dengan nama singkatan PEMBARU. PEMBARU adalah sebuah NGO baru yang ditubuhkan pada tahun 2008. Peranan utama PEMBARU adalah membasmi kemiskinan (miskin tegar).

Untuk menjadi ahli, seseorang itu harus mengisi borang dan membayar yuran sebanyak RM26.00 untuk pertama kali mendaftar. Dan membayar setiap tahun RM24.00 sahaja. Oleh kerana PEMBARU masih baru di sebelah Kudat maka promosi untuk memperkenalkan PEMBARU masih di tahap pengenalan. Dan baru-baru ini PEMBARU Kawasan PB5 telah mengadakan mesyuarat kali ke-3 di Hotel Hexan, Kota Marudu pada 24/4/2010. Sungguh tidak disangkakan jumlah mereka yang hadir di luar jangkaan. Diharap agar NGO seperti PEMBARU dapat membantu rakyat yang masih di tahap paras kemiskinan terutama di Pantai Barat 5 iaitu Banggi, Kudat, Matunggong,Tandek dan Pitas.












No comments: