Pada 23 Mac yang lalu, opis Sue mengadakan bengkal untuk mempertingkatkan mutu kerja dalam bidang perkhidmatan. Sue teramatlah berterima kasih kepada Pengurus Besar syarikat Sue yang mencetuskan idea untuk bengkel tersebut kepada kakitangan syarikat dan anak syarikat.
Banyak yang Sue pelajari dalam sepanjang hari di bengkel tersebut. Di antaranya adalah bagaimana untuk berdepan dengan pelanggan, munasabahkan diri sendiri, cara yang terbaik untuk proaktif dan nilai serta etika kerja. Gambar- gambar berikut dapat memperlihatkan bagaimana suasana bengkel dan fasilitatornya Puan Sharifah Seri Lailah.
No comments:
Post a Comment