Last year, company Sue buat lawatan ke korea selama 7 hari 5 malam. Seramai 9 orang kakitangan Syarikat ikut serta. 8 orang trip pertama memandangkan tiada tempat duduk (tiket) jadi terpaksa seorang lagi trip kedua. Penerbangan ke Incheon, korea mengambil masa kira-kira 5 jam setengah (guna Asiana Airlines) murah sikit tambangnya (RM3,331.00 termasuk tiket, hotel, pengangkutan, makan-minum & admission ke theme park). Berbeza masa di korea dengan Malaysia hanya 1 jam awal. Bertolak dari KKIA jam12 tengah malam dan tiba di Incheon Airport jam 5.55 pagi.
Sebelum terbang ke Incheon, Korea (KKIA)
Tidak sangka dapat juga akhiri Sue merasai sendiri bagaimana berada di tempat sejuk yang dilitupi salji. Kalau dulu Sue selalu melihat di kaca television, kemudian hanya berangan-angan kononnya bila dapat pegang ais (salji). bestnya.....:-). Masa di korea, di mana- mana je kita pergi semua pemandangan ditutupi dengan salji. Tiga hari je, dah boring tengok salji dan yang tidak tahan sangat2 sejuk babanar.
Terpaksa memanaskan badan sambil minum koko panas (Sejuk gila)
Di Nami Island di mana penggambaran drama Winter Sonata pernah dijalankan dulu.
No comments:
Post a Comment