Thursday, April 16, 2009

INDONESIA TRIP



Pada 9/4/2009, saya telah melancong ke Jakarta/Bandung selama 6 hari 5 malam bersama rakan sekerja dan kakak-kakaknya (5 orang je). Kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta pada 12 tengah malam. Tiba di Airport orang yang sepatutnya mengambil kami tidak datang. Moga kami bertemu dengan Pak Ibrahim. Setelah berbincang dengannya, kami kemudian terus ke Hotel Ibis Mangga dua untuk check in. Pada keesokan harinya, kami bertolak ke Bandung seawal jam 7 pagi dengan bayaran 2 hari di Bandung sebanyak R2,000,000.00. Sampai di sana kira-kira jam 10 pagi, kami terus pergi ke Pasar Baru. Banyak barang seperti tudung, telekung, blouse, kasut, seluar jeans, beg tangan, dan macam2 lagi boleh terdapat di situ. Rambang mata dibuatnya. Tidak puas bershopping sampai Pasar Baru tutup baru kami pulang ke hotel.


Tengoklah hasil kami bershopping seharian di Pasar Baru. Lumayan bah........ siap posing depan kamera lagi. Keesokkan harinya, kami balik ke Pasar Baru sebelum balik ke Jakarta.

Layan je gambar-gambar yang sue tangkap semasa di Bandung

Pasar Baru

Tangkuban Perahu


Hasil shopping di Bandung 1 + 2 beg


Tiba di Jakarta


Jati Negara di Jakarta (barang2nya di sana sangat murah)


Makan Makanan Padang di Restaurant Garuda







Tuesday, April 7, 2009

KOREA TRIP (7-12/2008) PART 2


Hari kedua, Sue pergi ke Mt. Sorak National Park yang dikatakan sangat cantik (cantik???? tidak tahu apa yang cantik). Semasa di sana kasihan kawan sekerja jatuh ketika berlari sambil mengambil video. Teruk juga tapak tangannya dan lutut luka. Sampai sekarang katanya tapak tangan masih terasa sakit.



Di National Park tersebut terdapat Tokong yang
dipercayai dapat menunaikan permintaan sesiapa saja yang berdoa di situ. Tengok je gambar di atas, besar betul Patung Buddha di belakang kami. Patung tersebut konon dipercayai melindungi hutan di kawasan sana daripada berlaku kebakaran. Kerana sebelum patung tersebut dibina, National Park selalu je terbakar.


Selepas dari National Park, kami dibawa pergi ke Daephon nama tempatnya. Nama punya main glamor rupa-rupanya pasar ikan. Pada mulanya tidak mahu pergi sebab ingat macam pasar ikan di KK bau semacam. Tapi tanggapan Sue salah, tiada bau hanyir ikan seperti pasar di KK. Tangkapan lautnya tiada yang mati, semua fresh lagi di akuarium tinggal pilih je (masih hidup).





Selepas itu kami pergi ke drama site (ENDLESS LOVE) sebuah perkampungan nelayan "A-bai Village". Drama tersebut merupakan drama yang pertama mendapat sambutan hangat di luar negara.



Di A-Bai Village, kami diminta untuk merasai 'Honey dew ice- cream' sedap tau rasanya. Pada mulanya kami ingat pemandu pelancong itu gila kali, musim sejuk disuruh makan ice- cream.(hehehe tapi tidak rugi makan). Sempat posing lagi!!!!



Dari A-Bai Village, kami terus pergi makan (baru jam 6 petang waktu Malaysia). Di korea, kimchi merupakan side course. Tidak kira pagi ke petang kimchi tetap ada. Masa makan malam, ada cerita lucu yang terjadi. Bukan semua orang Korea boleh bercakap english. Restaurant tempat kami makan itu ada sebuah lori yang menjual gula-gula buatan tempatan. Kebiasaan bila membeli gula-gula kita akan bertanya apa rasa flavour gula-gula. Pada mulanya penjual itu bercakap 'ninnin' (gula-gula susu), entah berapa kali kami tanya tetap penjual itu bercakap ninnin, kami masih tidak faham juga. Last-last dia tunjuk gambar perempuan lalu ditunjukkan buah dadanya. Apa lagi kami semua baru faham sambil ketawa.



Hari Ketiga (hari keempat kalau dikira sebab masa tiba di korea dah kira hari kedua) selepas breakfast kami terus pergi Ski Resort untuk bermain ski. Harga yang di tawarkan berharga W50,000.00 kira-kira RM140,000.00 termasuk pakaian dan peralatan bermain ski. Syok juga pada mulanya, tapi bila dah pakai kasut butnya ya allah beratnya. Berjalan pun macam robotcop dalam cerita tayang tu. (susahnya)..




Punya main penat bermain ski tapi bila dah pandai macam tidak mahu berhenti macam kawan Sue syok pulak. Jangan ingat musim sejuk tidak berpeluh, basah tau baju di badan (macam orang baru lepas mandi je). Tengok gambar macam PRO. hehehe




KOREA TRIP (7-12/2008) PART 1

Last year, company Sue buat lawatan ke korea selama 7 hari 5 malam. Seramai 9 orang kakitangan Syarikat ikut serta. 8 orang trip pertama memandangkan tiada tempat duduk (tiket) jadi terpaksa seorang lagi trip kedua. Penerbangan ke Incheon, korea mengambil masa kira-kira 5 jam setengah (guna Asiana Airlines) murah sikit tambangnya (RM3,331.00 termasuk tiket, hotel, pengangkutan, makan-minum & admission ke theme park). Berbeza masa di korea dengan Malaysia hanya 1 jam awal. Bertolak dari KKIA jam12 tengah malam dan tiba di Incheon Airport jam 5.55 pagi.



Sebelum terbang ke Incheon, Korea (KKIA)




Tidak sangka dapat juga akhiri Sue merasai sendiri bagaimana berada di tempat sejuk yang dilitupi salji. Kalau dulu Sue selalu melihat di kaca television, kemudian hanya berangan-angan kononnya bila dapat pegang ais (salji). bestnya.....:-). Masa di korea, di mana- mana je kita pergi semua pemandangan ditutupi dengan salji. Tiga hari je, dah boring tengok salji dan yang tidak tahan sangat2 sejuk babanar.




Terpaksa memanaskan badan sambil minum koko panas (Sejuk gila)




Di Nami Island di mana penggambaran drama Winter Sonata pernah dijalankan dulu.
















Monday, April 6, 2009

SADDEST MOMENT AFTER 24 YEAR

Dah lama Sue tak tulis dalam blog ini, Maaf je sebab password /id tidak ingat lagi. Pada tanggal 31/3/2009 hari yang sangatlah sedih buat sue dan teman-teman di opis. Hari itu adalah hari terakhir seorang teman yang Sue panggil Uncol, mengakhiri zaman pekerjaan (pencen dah). Suka duka di pejabat bersama beliau amatlah dirindui. Sayang sekali, beliau sangat rajin dan suka menolong sesiapa saja di pejabat yang dalam kesusahan temasuklah Sue sendiri. Sue selalu meminta nasihat dalam apa jua perkara terutama dalam berurusan dengan pelanggan yang cerewat.

Hari itu Management belanja we all di Hyatt (Chinese Restaurant) sempena last day beliau di pejabat. Sebagai tanda penghargaan beliau dihadiahkan Table Clock (kecil kan clock itu tapi kus semangat harganya Ratusan ringgit tau).
Kenyang gila sangat-sangat, sampai dessert pun tidak dapat habis.




Sedang menunggu transport untuk ke Hyatt.



Sebelum makan time..



Macam biasa ada Ucapan dari GM.. (teka mana saya).



Makan time just started....



Kenangan (All the staff)



Time to punch out for the last time.....



To you uncol Moses "Selamat Berpencen."