Last Friday, I brought a tudung for my self because i like the colour. After buying the tudung, i try it on and surprise how i turn to be...hahahahah. Ustazah baru from Sekolah Agama.
Monday, August 16, 2010
Tausa Piang Ranggup
Entry hari ini Sue buat kuih tausa piang ranggup masa puasa ke 4. Masa tue plan nak buat kuih donat ball tapi terlebih masukkan margerin & yis dibancuh terlalu panas airnya. Instant nak buang jadilah ia kuih tausa piang ranggup. Resipinya adalah seperti berikut:
Bahan-Bahannya:
Tepung gandum - 2 1/2 cawan
Margerin - 1 cawan
Ibu Roti - 1/2 pek (kira-kira 2 sudu besar)
Inti tausa
garam & gula
minyak masak untuk menggoreng
Cara membuatnya:-
Mula-mula Ibu roti dan gula dibancuh dengan air suam. Gaulkan tepung, margerin, garam dan bancuhan ibu roti tersebut sehingga menjadi doh.
Guli doh dengan inti tausa seperti kita membuat kuih Bom.
Leperkan kuih tersebut seperti gambar di bawah dan kemudian bolehlah digunakan.
Friday, August 13, 2010
Kuih Boom
Hari kedua puasa, sue masak kuih boom untuk berbuka. Jadi berikut adalah resepi dan cara-cara membuatnya....
Bahan-bahan:-
- 2 cawan Tepung Pulut
- 1/2 cawan Tepung gandum
- Inti kacang merah
- bijan untuk hiasan
- Air untuk aduan doh
- Minyak masak untuk menggoreng
Cara membuatnya:-
Campurkan tepung pulut dan tepung gandum bersama. Kemudian adun tepung dengan air sehingga menjadi doh lembut.
Bulatkan doh sebesar ibu jari dan kemudian masukkan inti kacang merah.
Selepas itu gaul dengan biji bijan setelah itu bolehlah digoreng.
Subscribe to:
Posts (Atom)