Wednesday, May 12, 2010

QMS (MS 1900:2005) : Requirements From Islamic Perspectives

Yesterday Sue dihantar oleh Syarikat untuk menghadiri Seminar tentang Pengenalan Quality Mangement Systems (MS 1900:2005) "Requirements From Islamic Perspectives" . Punyalah boring tapi berguna bagi mereka yang menjalankan perniagaan makanan sangat penting bagi mereka untuk memliki sijil halal dan sijil sirim.

Melalui seminar tersebut dapatlah Sue ketahui apa yang perlu untuk mendapatkan sijil halal dan sijil Sirim. Tidak disangka di Sabah hanya non-muslim yang ramai mendapatkan sijil halal bagi perniagaan mereka terutamanya perniagaan makanan.


Dirasmikan oleh YB Datuk Jahid Jahim yang menggantikan YAB Datuk Musa Haji Aman

Para Peserta dari Syarikat Sue

Kertas 1 dibentang oleh YBhg. Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim yang merupakan Timbalan Presiden,Dewan PErniagaan Islam Malaysia dan juga Presiden & Ketua Eksekutif Johor Corporation
(Topik: Jihad Dalam Pengurusan)

Kertas 2 pula dibentangkan oleh YBhg. Datuk Haji Amri Hj Suratman merupakan Timbalan Majlis gama ISlam Sabah (MUIS)
(Topik: Halatuju Pengurusan Halal di Sabah)

Kertas 3 dibentang oleh YBhg. Datuk Nik Mustapha Hj Nik Hassan yang merupakan Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
(Topik:Kualiti Dan Produktiviti - Kepentingan Sistem Pengurusan Islam)

dan juga YBhg. Tuan Haji Aziz Long, Pengurus Besar Kanan,
Jabatan Perkhidmatan Pengujian SIRIM QAS International Sdn Bhd

Kertas 4 dibentangkan oleh Ybhg. Tuan Haji Khairan Untoh, Pengarah
SIRIM Berhad (Sabah/WP Labuan)
(Topik: Prospek Halal & Kualiti Di Sabah)

Kertas 5 dibentang oleh YBhg Ustaz Wan Jemizan Wan Deraman yang merupakan Timbalan Presiden, Pematuhan Syariah Takaful Ikhlas Sdn Bhd
(Topik: Dasar Pembiayaan Bisnes Mengikut Pematuhan Syariah)

Dan Kertas 6 dibentangkan oleh YBhg Encik Hanaffi Hamzah merupakan Pensyarah Kanan, Universiti Teknologi Mara (UITM)
(Topik: Applikasi QMS dari Perspektif Islam)



1 comment:

addimity said...

salam 1 Malaysia,
saya pensyarah kanan drp UPNM terlihat dlm blog ni ttg seminar MS 1900:2005 pada Mac 2010 yg lalu.
cuma boleh tak saya mohon drp Puan/Cik softcopy kertas kerja yg dibentangkan. sbb saya sedanga buat kajian ttg bidang ni...
ok, segala kerjasama amat dihargai.
TQ