Tuesday, April 7, 2009

KOREA TRIP (7-12/2008) PART 2


Hari kedua, Sue pergi ke Mt. Sorak National Park yang dikatakan sangat cantik (cantik???? tidak tahu apa yang cantik). Semasa di sana kasihan kawan sekerja jatuh ketika berlari sambil mengambil video. Teruk juga tapak tangannya dan lutut luka. Sampai sekarang katanya tapak tangan masih terasa sakit.



Di National Park tersebut terdapat Tokong yang
dipercayai dapat menunaikan permintaan sesiapa saja yang berdoa di situ. Tengok je gambar di atas, besar betul Patung Buddha di belakang kami. Patung tersebut konon dipercayai melindungi hutan di kawasan sana daripada berlaku kebakaran. Kerana sebelum patung tersebut dibina, National Park selalu je terbakar.


Selepas dari National Park, kami dibawa pergi ke Daephon nama tempatnya. Nama punya main glamor rupa-rupanya pasar ikan. Pada mulanya tidak mahu pergi sebab ingat macam pasar ikan di KK bau semacam. Tapi tanggapan Sue salah, tiada bau hanyir ikan seperti pasar di KK. Tangkapan lautnya tiada yang mati, semua fresh lagi di akuarium tinggal pilih je (masih hidup).





Selepas itu kami pergi ke drama site (ENDLESS LOVE) sebuah perkampungan nelayan "A-bai Village". Drama tersebut merupakan drama yang pertama mendapat sambutan hangat di luar negara.



Di A-Bai Village, kami diminta untuk merasai 'Honey dew ice- cream' sedap tau rasanya. Pada mulanya kami ingat pemandu pelancong itu gila kali, musim sejuk disuruh makan ice- cream.(hehehe tapi tidak rugi makan). Sempat posing lagi!!!!



Dari A-Bai Village, kami terus pergi makan (baru jam 6 petang waktu Malaysia). Di korea, kimchi merupakan side course. Tidak kira pagi ke petang kimchi tetap ada. Masa makan malam, ada cerita lucu yang terjadi. Bukan semua orang Korea boleh bercakap english. Restaurant tempat kami makan itu ada sebuah lori yang menjual gula-gula buatan tempatan. Kebiasaan bila membeli gula-gula kita akan bertanya apa rasa flavour gula-gula. Pada mulanya penjual itu bercakap 'ninnin' (gula-gula susu), entah berapa kali kami tanya tetap penjual itu bercakap ninnin, kami masih tidak faham juga. Last-last dia tunjuk gambar perempuan lalu ditunjukkan buah dadanya. Apa lagi kami semua baru faham sambil ketawa.



Hari Ketiga (hari keempat kalau dikira sebab masa tiba di korea dah kira hari kedua) selepas breakfast kami terus pergi Ski Resort untuk bermain ski. Harga yang di tawarkan berharga W50,000.00 kira-kira RM140,000.00 termasuk pakaian dan peralatan bermain ski. Syok juga pada mulanya, tapi bila dah pakai kasut butnya ya allah beratnya. Berjalan pun macam robotcop dalam cerita tayang tu. (susahnya)..




Punya main penat bermain ski tapi bila dah pandai macam tidak mahu berhenti macam kawan Sue syok pulak. Jangan ingat musim sejuk tidak berpeluh, basah tau baju di badan (macam orang baru lepas mandi je). Tengok gambar macam PRO. hehehe




No comments: