Wednesday, September 28, 2011
Tutti Frutti Frozen Yogurt
Sorry baru nak tulis kat blogspot pasal kedai manisan yang baru buka di 1B called 'TUTTI FRUTTI FROZEN Yogurt". Sesiapa yang berdiet pun boleh mencuba sebab low fat and low calorie maklum ler makanan sihat kan.
Ingat lagi kedai Yogurberry, Tutti Frutti ini juga sama juga dengan Yogurberry sedap dan lazat. Banyak flavour yang ada special my favourite Vanila & chocolate. Banyak lagi ler perisa yang ada dan yang besatnya boleh campur semuanya sekali tapi mahal ler 100 gm adalah RM5.60, jadi kalau ambil tue jangan terlampu banyak karang nda selera pulak maw makan sebab mahal....
Wednesday, September 21, 2011
MESYUARAT AGONG Ke 3 PEMBARU
Pada 15 & 16 Mei 2010 yang lalu, Pembaru Pusat telah mengadakan Mesyuarat Agong ke 3 di Rasa Ria Resort. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh ahli-ahli Pembaru seramai 300 orang lebih tidak termasuk ahli keluarga ahli Pembaru.
Ramai ahli Pembaru dari seluruh Sabah, Sarawak dan Semenanjung hadir ke Mesyuarat tersebut. Dalam ramai ahli Pembaru, seorang artis/pelawak terkenal Encik Hamdan Wahad juga tidak disangka menjadi ahli pembaru bahagian semenanjung.
Kahar & Nurhayati - 15 years Anniversary
Pada 18 Mei 2010 yang lalu, Timbalan Ketua Penyelaras PEMBARU bahagian Pantai Barat 5 telah menjemput semua ahli-ahli Pembaru ke Majlis Ulangtahun Perkahwinan ke 15 tahun di rumah kediaman beliau di Likas.
Majlis dimulakan pada jam 2 petang dengan kenduri kesyukuran dan pada 6 petang semua para jemputan mulai datang termasuklah Sue sendiri yang ditemani oleh adik Sue.
Sungguh meriah majlis tersebut dengan acara karaoke, acara memotong kek dari tuan punya majlis dan makanan yang disediakan juga sangat-sangat pelbagai terutama sekali gerai bakso dan panggang satay serta ayam. Pada majlis tersebut Sue menjadi jurugambar yang tetap..hahahaha..
Subscribe to:
Posts (Atom)