Dah dua kali Sue terlibat dalam accident. Kali ini bahagian driver door dilanggar oleh Kancil jenis lamajuga semasa di roundabout Bandaran. Nasib baik tidak teruk sangat tapi rupa kereta sue x cantik sudah. Dalam bulan June juga ianya berlaku semasa pulang dari kerja. Layan aje
Thursday, July 29, 2010
40 Day's
Pada 20 Julai 2010 segenap 40 hari Appah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Pemergiannya sangatlah terasa buat kami sekeluarga terutamanya Sue yang sangat rapat dengan Appah. Lima hari Sue mengambil cuti semata-mata untuk kenduri 40. Preparation untuk kenduri 40 sangat penting buat kami sebab kenduri tersebut merupakan kenduri besar. Membuat kuih tradisional seperti Kuih Jah, Panyaram, Ketupat dan kuih lain perlu untuk dibawa balik tetamu serta kain sarung buat kenangan.
Ramai keluarga yang datang menolong masa membuat kuih-kuih tersebut. Terutamanya keluarga sebelah ibu Sue yang juga keluarga arwah Appah Sue. Pada hari kenduri Sue masak Rendang Daging, Ayam masak Kurma, sosej & fish Ball masak kicap serta telur penyu yang dibawa khas oleh Ambuh Tah. Layannn gambar yang sempat diambil...........
Daughter of Sani Wedding
Also last sunday, I attended my colleague daughter wedding in Kg. Kawang Papar. After the futsal tournament, all staff of PRSB covey to Kg. Kawang to attend the wedding reception . I manage to take some picture of memories.....
KEJOHANAN PIALA FUTSAL PENGERUSI SEDCO 2010
Hari Ahad yang lalu merupakan pertandingan untuk Kejohanan Piala Futsal Pengerusi SEDCO untuk tahun 2010. Lebih 10 pasukan bertanding untuk merebut Piala tersebut terdiri daripada SEDCO, SUDC, PRSB, SEDCOVEST, Lembaga Koko Sabah, MUIS, Hyatt, CEMENT, TIMPLAS, PTSB, PETRONAS, Malaysia Airlines, STEEL, Perkasa Hotel, KMA dan Jabatan Tanah & Ukur.
Bagi team PRSB tidak dapat meneruskan kemaraan ke Peringkat akhir tetapi semangat juang yang jitu ditunjukkan oleh para pemain sangat-sangat dihargai. Tahun hadapan cuba lagi..............
Wednesday, July 14, 2010
Kenduri 30 hari
Pejam celik dah berlalu kenduri 30 hari Arwah Appah yang diadakan di rumah Kudat pada 10hb July 2010. Masih terasa kehadiran Appah walaupun dah dekat sebulan dia tidak ada. Rasa sedih masih mengelubungi kami sekeluarga.
Sue miss you Pa. And I remember always what you told me to do............Love you very much
Subscribe to:
Posts (Atom)