Tarikh yang tidak boleh Sue lupa apabila Ayahanda yang dikasihi dijemput ALLAH SWT pada 10hb June 2010 bersamaan 27 Jamadilakhir dan disebabkan permintaan abang, kakak dan sepupu yang jauh untuk memberi penghormatan yang terakhir kepada Appah, jadi semua bersetuju jenazahnya dikebumikan pada keesokkan harinya.
Sungguh tidak disangkakan, cuma 4 hari selepas Sue balik bercuti dari kampung, dia diambil oleh yang maha esa. Cuma air mata dan doa yang boleh Sue lakukan buatnya semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin