Kelmarin Sue mengajak nay2, wan dan mazlan berbuka di rumah sue di Cyber City buat kali pertama. Sue masak ayam masak kicap, sosej masak sos cili, sayur kubis kunyit dan kuih lidah. Tapi kuih lidah nda sempat gambar sebab masa dah masak, time berbuka dah tiba....
Wednesday, September 1, 2010
Tempahan Sulaman Manik Raya 2010
Raya tahun 2010 merupakan raya yang tidak akan saya lupakan. Peristiwa kematian ayah yang tercinta merupakan titik permulaan kesibukan saya dengan kenduri arwah dan diikuti lagi dengan 2 lagi kenduri kematian keluargan Sue. Tidak seperti tahun-tahun raya lepas kali ni sue hanya menerima 1 tempahan untuk menyulam manik itupun dipaksa oleh customer Sue yang merayu-rayu untuk menerima bajunya. Customer sue ini adalah customer yang tetap tiap-tiap tahun menghantar bajunya kepada Sue dan menghendaki supaya manik jepun digunakan di bajunya. Kos untuk manik sahaja berharga RM67.45 dan seperti biasa upah untuk sulaman hanya RM45.00 sahaja. Jadi tengok aje ler gambar yang sue ambil untuk blog sue ini.. Layannnnnnnnnnnnnnn
Monday, August 30, 2010
Takziah Buat Nulsitta Baiddin
Sungguh tak ku sangka seorang lagi ahli keluargaku pergi meninggalkan kami. Al- Fatihah buat kakak Nulsitta Baiddin @ nama samaran kak Etang. Allahyarhama meninggal dunia di Hospital Labuan pada 27hb Ogos 2010 bersamaan 17 Ramadhan 1423 H iaitu hari Jumaat. Allahyarhama meninggal dunia disebabkan sakit jantung dan telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam di Telipok.

Subscribe to:
Posts (Atom)